Monday, February 21, 2011

Bentuk-Bentuk Komunikasi Islam

Terdapat 4 bentuk momunikasi dalam Islam. Antaranya adalah :

1) Komunikasi dengan Allah (Hablum Minallah)
  
    Komunikasi dengan Allah merupakan tahap komunikasi yang paling tinggi darjat dan yang paling mulia dalam amalan manusia. Komunikasi tersebut dilakukan dalam bentuk vertikal dan secara terus menerus (langsung) .Kumunikasi ini dilakukan adalah bertujuan untuk mendekatkan diri manusia dengan Allah, memohon  petunjuk menyatakan sesuatu atau mengadu tentang masalah kehidupan, berterima kasih atau bersyukur, menyerah diri, memohon perlindungan, menyembah dan lain-lain. 

2) Komunikasi dengan sesama manusia (Hablum Minannas)

   Komunikasi sesama manusia berlaku dalam bentuk yang luas mencakupi berbagai aktiviti dalam kehidupan seperti komunikasi ,perdidikan, komunikasi keluarga, komunikasi dalam bentuk pekerjaan, dan sebgainya. 

3) Komunikasi manusia dengan alam sekitar.

   Komunikasi manusia dengan alam sekitar adalah perlu dilakukan oleh umat Islam sesuai dengan fungsi manusia menurut Islam sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Alam sekitar bermaksud sesuatu yang berada di sekitar kehidupan manusia seperti haiwan dan tumbuhan.

4) Komunikasi dengan diri sendiri

   Komunikasi dengan diri sendiri dapat dilakukan melalui proses bercakap dengan diri sendiri seperti proses berfikir dan menghisab diri.

Sumber Rujukan Komunikasi Islam

Sumber-sumber Komunikasi Islam atau teras Komunikasi Islam adah seperti berikut :

1) Al-Quran sebagai ajaran komunikasi.
2) As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi.
3) Ulamak-ulamak merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasullah S.A.W dan Al-Quran dari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat'i.

Thursday, January 20, 2011

Iktiraf - Raihan

Lirik Doa Taubat (Iktiraf) - Raihan

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka





Kata-kata skema ku....


Lagu-lagu nasyid ini sedap didengar, kalau anda dengar dan menghayatinya pastu anda alan menangis kerana memikirkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Biasalah manusia tak akan lari daripada dosa-dosa ini. Lainlah kalau kita ni Malaikat atau Rasullah S.A.W. Kita tidak boleh membezakan diri kita mereka-mereka ini. Jadi sebagai manusia, kita ikut saja flow yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepda kita. Jangan sesekali kita merungut..OK.....

Tuesday, January 18, 2011

Isu Pembesaran Payu Dara...Adakah kita patut lebih terbuka atau Itu memang salah?

TV3 pertahan bincang topik payu dara

KERATAN Kosmo! semalam.


Stesen televisyen TV3 mempertahankan rasional program terbitannya, Wanita Hari Ini (WHI) menyiarkan perbincangan mengenai topik payu dara kelmarin. Alasan yang diberikan adalah perbincangan secara terbuka itu sesuai dengan peredaran masa.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihak TV3 tidak mempunyai niat lain selain menggalakkan diskusi terbuka dan berkongsi pengalaman berhubung topik tersebut.
"Isu itu ada unsur pengajaran ataupun input tambahan yang bersesuaian dengan peredaran masa seperti topik yang dibincangkan dalam WHI tersebut,"Dalam laporan muka depan semalam melaporkan segmen bual bicara WHI itu mencetuskan rasa kurang senang penonton kerana ia secara terbuka membincangkan isu pembedahan membesarkan payu dara.
Siaran itu mengundang teguran pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh agama yang berpendirian topik itu tidak sesuai dibincangkan secara terbuka kerana ia adalah rahsia wanita.
Ada pula yang berpendapat ketiadaan pakar agama yang dijemput bagi mengulas isu tersebut menjadikan program itu seakan-akan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam.
Ahmad Izham menjelaskan, ahli-ahli panel jemputan turut membicarakan impak baik dan buruk isu tersebut serta menjemput seorang doktor pakar untuk mengemukakan pendapat beliau.
"Pada masa yang sama, kami peka terhadap pandangan masyarakat di luar sana dan menghargai maklum balas penonton dan orang ramai," katanya.

Monday, January 17, 2011

Islam..mudah ke?

Sebenarnya Islam ini bukanlah susah sangat nak difahami, kita cuma perlu memperlajari dan terus memperbaiki diri kita akan ilmu-ilmu keagamaan ini.

Nanti saya akan Update page ni dengan isu-isu keagaaman yang lebih panas......

Tunggu.....

Konsep Komunikasi

Assalammualaikum...dibawah ini saya berikan pengertian komunikasi yang telah dinyatakan oleh mereka yang berpengalaman.

komunikasi berasal dari perkataan Yunani "communicare" yang bererti menjadikan sesuatu milik bersama. Seseorang yang berkomunikasi iaitu yang menyampaikan perutusan kepada pendengar dan cuba menjadikan milik bersama. Perkara-perkara seperti maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap, dan kepercayaan.

(Dr. Yusof Husin :1993)   


Pengertian komunikasi menurut istilah konversional ialah penghantaran maklumat (information) melalui saluran tertentu kepada penerima sebagaimana yang dijelaskan oleh John Kotter yang mengatakan bahawa komunikasi adalah sebagai penghantaran bahan maklumat yang mempunyai mesej tertentu melalui salauran atau media kepada penerima yang berkenaan.

Dalam komunikasi barat penghantaran mesej atau maklumat dikaitkan dengan penghantar (sender), memancarkan (transmit), saluran(medium) dan penerima (receiver). Perkataan komunikasi menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial. Misalnya usaha untuk menjadikan sesuatu sebagai milik bersama dan untuk diketahui bersama.

(A.strid SSusanton : 1987 : 1)