Monday, January 17, 2011

Konsep Komunikasi

Assalammualaikum...dibawah ini saya berikan pengertian komunikasi yang telah dinyatakan oleh mereka yang berpengalaman.

komunikasi berasal dari perkataan Yunani "communicare" yang bererti menjadikan sesuatu milik bersama. Seseorang yang berkomunikasi iaitu yang menyampaikan perutusan kepada pendengar dan cuba menjadikan milik bersama. Perkara-perkara seperti maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap, dan kepercayaan.

(Dr. Yusof Husin :1993)   


Pengertian komunikasi menurut istilah konversional ialah penghantaran maklumat (information) melalui saluran tertentu kepada penerima sebagaimana yang dijelaskan oleh John Kotter yang mengatakan bahawa komunikasi adalah sebagai penghantaran bahan maklumat yang mempunyai mesej tertentu melalui salauran atau media kepada penerima yang berkenaan.

Dalam komunikasi barat penghantaran mesej atau maklumat dikaitkan dengan penghantar (sender), memancarkan (transmit), saluran(medium) dan penerima (receiver). Perkataan komunikasi menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial. Misalnya usaha untuk menjadikan sesuatu sebagai milik bersama dan untuk diketahui bersama.

(A.strid SSusanton : 1987 : 1)

No comments:

Post a Comment